Jenis Kurap


Kurap atau Dermatophytosis merujuk kepada sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Terdapat beberapa jenis penyakit kurap, bergantung kepada tempat ia menjangkiti seperti berikut:- 

Kurap badan (Tinea corporis) 
Kurap kuku (Tinea unguium) 
Kurap groin (Tinea cruris) 
Kurap kulit kepala (Tinea capitis) 
Kurap janggut (Tinea barbae) 
Kurap kaki (Tinea pedis) 
Kurap muka (Tinea faciei) 
Kurap tangan (Tinea manuum) 

Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan; sama ada dengan manusia atau haiwan yang berkurap atau dengan sebarang objek yang mempunyai kulat di atasnya (fomites). Ia juga boleh berjangkit secara autoinokulasi iaitu jangkitan daripada kawasan lain pada tubuh individu yang sama contohnya berjangkit di bahagian tangan atau badan akibat digaru dengan kuku jari yang dijangkiti kulat. 

Keadaan kulit yang sentiasa lembap akibat pemakaian baju yang diperbuat daripada fabrik yang tidak menyerap peluh atau iklim yang lembap dan panas menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan kurap. Ia mengambil masa beberapa hari untuk terkena jangkitan akibat daripada kulat. 

Kurap akan menyebabkan rasa gatal dan kulit akan menjadi kemerah-merahan terutamanya pada hari atau suhu yang panas. Ia boleh berjangkit melalui sentuhan, serta kulat yang dipindah melalui pakaian dan sebagainya.

A post shared by Nadi Herbs (@nadiherbs) on