Punca Dan Rawatan Kurap


Penyakit kurap terjadi daripada persekitaran yang tidak seimbang kadar kelembapan dan penerimaan cahaya matahari.

Terdapat juga tabiat yang tidak sihat punca kepada kurap antaranya ialah;
1. Memakai pakaian yang masih belum kering.
2. Memakai pakaian basah dalam keadaan yang tidak berangin dan tidak terkena cahaya matahari dan berterusan lembab dalam tempoh masa yang lama.
3. Memakai pakaian yang baru dijemur dan masih panas.
4. Berada dalam bilik yang lembab, malap dan tidak dimasuki cahaya matahari.

Bakteria yang terdapat pada kurap merebak dalam keadaan yang lembab tetapi hangat. Bakteria yang terdapat pada kurap dan sopak juga turut boleh dijumpai dalam air panas terutama air yang panas terjemur pada pancaran matahari (air musyammas). Kerap meminum atau menggunakan air musyammas untuk mencuci pakaian atau tubuh juga adalah punca terjadinya kurap sekiranya air tersebut tidak dikeringkan dalam tempoh yang lama. Begitu juga keadaannya sekiranya seseorang itu memakai pakaian yang belum kering air musyammasnya.

Apabila diamati dengan mata kasar, kulit yang berkurap mempunyai plak kemerah-merahan yang bersisik dan kadang-kala terdapat bintik-bintik merah atau bisul-bisul halus di sekelilingnya. Tanpa rawatan, plak ini boleh membesar dan kadang-kala akan membentuk gelang kemerah-merahan di sekelilingnya.

Kulit yang mudah dijangkiti kuman disebabkan oleh struktur asal kulit itu lemah tenaganya. Sebenarnya kulit mempunyai tenaga dan kekuatan untuk mengawal jangkitan. Tenaga kulit menjadi lemah apabila diganggu oleh karektor negatif yang mempengaruhi kesihatan kulit.

Kurap pada peringkat awal boleh dikenali dengan melalui rupa ruam yang berbentuk bulat atau cincin. Pada peringkat yang kronik ia boleh membengkak, berkudis atau gatal bernanah.

A post shared by Nadi Herbs (@nadiherbs) on