Khasiat Daun Gelenggang


Penyakit kulit seperti panau, kurap dan kudis buta merupakan perkara yang semestinya ingin anda jauhi, kan?

Dijangkiti penyakit kulit tersebut membuatkan anda tak selesa dek kerana beberapa sebab. Antaranya kerana bau yang kurang menyenangkan, gatal-gatal serta malu jika diketahui orang lain.

Bagi mengubati panau, kurap serta kudis buta, anda bolehlah menggunakan khasiat yang dimiliki daun gelenggang. Anda boleh juga mengenalinya melalui nama saintifik iaitu Cassia Alata atau Senna

Langkah langkah

1. Ambil beberapa helai daun gelenggang dan bersihkannya.

2. Tumbuk daun gelenggang tadi hingga lumat. Pada masa yang sama, tambahkan sikit minyak tanah.

3. Sapukan daun yang telah lumat ke bahagian yang dijangkiti penyakit kulit.

Ulangi 3 langkah yang dinyatakan sehinggalah penyakit panau, kurap atau kudis buta anda sembuh. Mudah-mudahan anda sentiasa sabar sebelum menikmati hasilnya.

A post shared by Nadi Herbs (@nadiherbs) on