Apa Itu Panau

Panau merupakan salah satu masalah kulit yang sering berlaku dikalangan masyarakat. Dikatakan ia berlaku disebabkan oleh tabiat mandi selepas bersenam. Tetapi kajian menunjukkan ia sebenarnya disebabkan oleh kulat yang tumbuh dikawasan kulit tersebut.
Panau ataupun dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Tinea versicolor merupakan jangkitan kulat yang berlaku pada bahagian permukaan kulit. Ia akan menyebabkan kawasan kulit mempunyai tompok putih (hypopigmented) ataupun tompok hitam (hyperpigmented).
Kebiasannya jangkitan panau kerap berlaku pada lapisan luaran kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan hanya menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.
 
Apa Itu Panau