Segera Rawat Kudis Buta

Penyakit kudis buta amatlah mudah untuk dikesan hanya dengan melihat dan meneliti corak ruam yang terbentuk pada permukaan kulit. Ruam penyakit skabies sangat tipikal dan hanya bercorak bintik-bintik dan berketul-ketulan merah.

Bagaimanapun, ada kalanya ruam penyakit kudis buta ini dikelirukan dengan ruam penyakit kulit yang lain, mungkin disebabkan oleh pembentukan corak ruam yang tidak jelas. Dalam situasi begini, seseorang perlu mendapatkan konsultasi doktor pakar kulit.

Biasanya doktor akan kikis permukaan kulit yang terjejas dan kemudian cebisan kulit tersebut akan dihantar ke makmal untuk diuji kaji bagi memastikan dan mengesahkan jangkitan kutu kudis.

Dr. Sabeera Begum menjelaskan, seseorang individu boleh dijangkiti penyakit kudis buta sekiranya terdedah kepada kutu kudis walaupun dalam tempoh masa yang singkat iaitu hanya dalam 15 hingga 20 minit. Jika terdapat bilangan kutu kudis yang banyak pada permukaan kulit individu yang terjejas, maka transmisi kutu kudis antara kulit juga boleh berlaku dalam jangka masa cepat. 

Ia boleh merebak melalui perkongsian barangan peribadi seperti tuala, cadar, selimut dan pakaian antara seseorang individu yang terjejas dengan yang lain malah, kutu kudis juga mampu merebak melalui patung-patung permainan kanak-kanak dan sesetengah alatan perabot. Semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur boleh terdedah kepada jangkitan ini.

Kumpulan yang berisiko termasuk kanak-kanak berumur kurang dua tahun, orang tua, pesakit yang mempunyai sistem imun yang lemah, pesakit yang tidak boleh bergerak atau lumpuh atau pesakit yang tinggal di pusat-pusat jagaan tertentu seperti rumah orang tua.
Wabak jangkitan kudis buta biasanya berlaku di tempat-tempat awam seperti taska dan tadika, sekolah, asrama dan pusat-pusat penjagaan di mana orang ramai kerap berhubungan dan berinteraksi antara satu sama yang lain.

Bagaimanapun, kutu kudis hanya mampu kekal dan terus hidup selama 24 hingga 36 jam setelah berpisah daripada makhluk yang ditumpangi,” terangnya.

A post shared by Nadi Herbs (@nadiherbs) on