Apa Itu Jangkitan Kudis Buta?


Tengok gambar ni, ini la Sarcoptes Scabies (Rujuk gambar dibawah). Kutu ni berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang. Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, kemudian ia akan bertelor dan mati, telor tersebut akan menetas menjadi kutu dan ia akan hidup selama 30 hari.

Tengok gambar pun dah geli kan, bayangkan kutu ni menggigit anak-anak, memang mengerikan. Rasa gatal yang teramat sangat adalah respon alahan terhadap najis hama kudis buta yang berada di bawah lapisan kulit. 

Lubang hama ini ditanam ke dalam kulit, kemudian membiak dan bertelur, menyebabkan gatal-gatal ruam dan sengit. 

Serangan jangkitan kudis buta ni merebak dengan cepat dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Tanda Jangkitan Kudis Buta pada Anak-anak Biasanya kanak-kanak dan bayi yang terkena scabies ini akan mengalami kegatalan kulit pada waktu malam dan ada ruam merah yang gatal muncul. 

Ruam ni akan muncul di pergelangan tangan, siku, ketiak, bawah dada, punggung, lutut, jari dan kemaluan. Kegatalan tersebut juga boleh menyebabkan kulit berkudis. Secara tidak langsung, kulit mudah sangat dijangkiti oleh bakteria. 

Selain ruam merah yang gatal, penghidap kudis buta juga akan mengalami kulit melepuh. Anak yang terkena jangkitan kudis buta ni lebih mudah merebak kerana mereka suka menggaru hingga luka.

A post shared by Nadi Herbs (@nadiherbs) on