Petua Merawat Sembelit Dengan Daun Gelenggang

Terdapat petua bagi atasi masalah sembelit dengan menggunakan daun gelenggang. Ambil satu sudu teh air rebusan daun gelenggang dan diminum untuk dijadikan sebagai julap. 

Akar pokok gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus (rahim). Kami juga diberitahu dengan minum air rebusan daunnya, ia merawat masaalah seperti dijadikan ubat cacing, penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas. 

Terdapat laporan dimana air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria. Satu lagi khasiat yang kami dapat tahu adalah dengan mengambil daun gelenggang segar dan dikeringkan. Setelah kering maka ia perlu disalai diatas bara api sehingga timbul rasa dan bau atau aroma kuat. Hancurkan daun tersebut untuk diminum dengan air panas. Teh ini popular di Sarawak sebagai 'Teh Sulok'. Rasanya enak juga (ringan) dimana ia adalah baik sebagai minuman untuk melawaskan kencing (diuretic), menurunkan kolestrol dalam darah dan ia mampu untuk membersihkan perut. 

Peranan pokok gelenggang untuk dunia perubatan terletak pada kepentingan daunnya. Kami juga dimaklumkan bahawa bahagian akar dan bunganya juga digunakan dalam persiapan nilai perubatan khusus. Ada laporan yang mengatakan bahawa ekstrak dari tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ramuan untuk krim sapuan tangan (losyen) atau dijadikan sabun dan juga dijadikan syampu. 

Memang tumbuhan ini memberi rawatan kepada masaalah serangan kulat atau dipanggil juga 'Ringworm Bush' kerana sifat berkesan keatas kulat (fungicidal properties). Contohnya bagi merawat masalah penyakit kulit seperti kurap dan lain-lain jangkitan kulat kulit. 

Kalau ada pokok dirumah, ambil daunnya yang segar dan ditumbuk lumat untuk mendapatkan sejenis cairan berwarna hijau. Kemudian ia dicampurkan dengan sedikit minyak masak atau minyak kelapa dan disapu pada tempat yang berpenyakit kulit untuk 2-3 kali sehari. Sebaiknya agar disediakan segar setiap hari untuk kesan yang mujarab. Laporan juga menyebut bahawa bahan aktif hasil dari herba ini termasuk asid chrysophanic kuning yang terbukti berkesan.

A post shared by Nadi Herbs (@nadiherbs) on