Pokok Gelenggang


Gelenggang merupakan pokok ubatan pada masa yang sama merupakan satu tumbuhan landskap untuk perhiasan. Buahnya adalah berbentuk kekacang yang keluar dari tangkai dibahagian atas pokok.

Penanaman pokok ini secara komersil mampu dijalankan oleh mereka yang ingin menghasilkan produk berasaskan kepada daun gelenggang secara komersil. Salah satu dari kawasan penanaman pokok gelenggang yang saya jumpa adalah di TKPM Titi Gantung, Perak dan beberapa ladang herba di Negeri Sembilan. 

Kepada mereka yang ingin untuk menanam pokok gelenggang dinasihatkan agar mengenalpasti dimana ia akan dijual atau sebaiknya mempunyai kemudahan dan peralatan serta teknologi untuk memprosesnya sendiri. Penanaman tumbuhan ini adalah mudah diusahakan dan memerlukan kos yang tidak berapa tinggi seperti tanaman lain.
Kegunaan daun pokok gelenggang memang telah diketahui merupakan tumbuhan ubatan untuk penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab. Ini kerana kandungan kimia yang ada pada daun gelenggang adalah amat sesuai mengubati penyakit kulit. 

Dalam keadaan biasa kita boleh membeli pelbagai krim atau sabun berasaskan daun gelenggang dikedai. Harganya juga murah dan amat berpatutan dan dapatkan yang ada jaminan kualiti. 

Jika kita hendak gunakan sendiri, kita boleh buat sendiri dimana caranya adalah dengan mengambil daun gelenggang segar dilumatkan tanpa air. Kemudian campurkan sedikit minyak tanah (setitik) ke dalamnya dan campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap. Ulangi beberapa kali sehingga kurap hilang. Pesakit akan merasa sedikit pedih semasa rawatan. Beberapa manfaat lain adalah merupakan ubat penawar kepada sengatan serangga dan Sakit Kulit dipanggil 'Eczema'. Penggunaan ini untuk kegunaan luaran sahaja.

A post shared by Nadi Herbs (@nadiherbs) on